BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SAR Dua Nelayan Di Perairan Kemaman Liputi 117.30 Batu Nautika

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SAR Dua Nelayan Di Perairan Kemaman Liputi 117.30 Batu Nautika​

a1202dbe20c7ed6d61803501feca35806a2e8b1009436

Lokasi dua nelayan Azan Muda, 68, dan Nordin Mohammad, 61, yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki tenggelam pada Rabu lepas di perairan Kemaman, kira-kira 27.9 batu nautika.

Pengarah Maritim Zon Kemaman Abdul Halim Hamzah dalam kenyataan berkata operasi hari ini diteruskan merangkumi 224.40 batu nautika persegi sekitar perairan Kemaman tanpa menemukan petunjuk baharu.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan bot KM REDANG manalala Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan helikopter jenis AW139.

Selain itu katanya operasi berkenaan turut dibantu tiga bot nelayan tempatan di sekitar lokasi kejadian.


Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang selepas bot  dinaiki mereka karam di perairan Kemaman sejak Rabu lepas diteruskan hari ini dengan kawasan pencarian meliputi 117.30 batu nautika persegi.

Pengarah Maritim Zon Kemaman Abdul Halim Hamzah berkata operasi pencarian yang memasuki hari kelima itu melibatkan 34 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan polis marin serta nelayan.

Beliau berkata operasi pencarian melibatkan penggunaan sebuah kapal APMM iaitu KM Redang bersama 19 anggota, sebuah bot Polis Marin PLC 3 dengan kekuatan lapan anggota serta sebuah bot nelayan tempatan disertai tujuh nelayan.

"Setakat 6 petang tadi, pasukan pencarian masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu berkaitan kedua-dua mangsa iaitu tekong, Azan Muda, 68, dan Nordin Mohammad, 61," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat yang ditangguhkan hari ini akan disambung semula pagi esok.

Pada Rabu, bot nelayan dinaiki Azan dan Nordin tenggelam akibat ribut pada 12.30 tengah malam., namun seorang lagi nelayan Mahadi Jusoh, 51, berjaya diselamatkan nelayan lain pada 10.30 pagi, keesokannya.

 
Back
Top
Log in Register