BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Nelayan Hilang Sejak Rabu Ditemukan Lemas Di Perairan Pulau Pasir Hitam

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Dua Nelayan Hilang Sejak Rabu Ditemukan Lemas Di Perairan Pulau Pasir Hitam​

76fd0ac130e92c5294a2ec4541535dc86a3df4de24753

Kredit: Maritim Malaysia Perak

Dua nelayan tempatan ditemukan lemas selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Pasir Hitam, Kuala Trong dekat Bukit Gantang, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon, Komander Mohd Hairil Othman berkata kedua-dua nelayan itu ditemukan oleh sebuah kapal nelayan tempatan kira-kira 5 petang.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai dua nelayan tersebut yang dilaporkan hilang kira-kira 5.30 petang pada Rabu lepas.

"Insiden berlaku apabila bot nelayan yang dinaiki mereka disyaki mengalami kerosakan enjin dan faktor cuaca buruk ketika mereka sedang melakukan kerja-kerja menarik pukat.

"Mayat kedua-dua mangsa telah disahkan identiti oleh majikan masing-masing sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Hairil turut mengingatkan nelayan agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan penting ketika berada di laut.

 
Back
Top
Log in Register