combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Bot Ditemukan Hanyut, Nelayan Masih Hilang Di Perairan Labuan
Ketua Polis Labuan Superintenden Wan Mohd Firdaus Wan Zaki
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan bagi mengesan seorang nelayan tempatan berusia 26 tahun yang dikhuatiri terjatuh ke laut ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Pohon Batu, dekat sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Labuan, Superintendan Wan Mohd Firdaus Wan Zaki berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 10.20 pagi daripada majikan mangsa selepas tekong bot memaklumkan bahawa seorang daripada anak kapal didapati hilang ketika menangkap ikan.
"Siasatan awal mendapati mangsa telah menurunkan pukat menggunakan sebuah bot kecil sebelum dilaporkan hilang. Bot berkenaan kemudian ditemukan hanyut di lokasi kejadian tanpa mangsa," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata anak-anak kapal telah menjalankan pencarian awal di sekitar kawasan berkenaan, namun gagal menemukan mangsa sebelum membuat laporan polis.
Sejurus menerima laporan itu, katanya polis segera menggerakkan operasi di lokasi kejadian serta menyelaras misi SAR bersama 10 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan.
Wan Mohd Firdaus turut menasihatkan pengusaha bot nelayan dan para nelayan agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika berada di laut dengan memakai jaket keselamatan serta mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan bagi mengurangkan risiko kemalangan.