BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bot Karam: Mayat Ke-10 Ditemukan Nelayan, Empat Masih Hilang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Bot Karam: Mayat Ke-10 Ditemukan Nelayan, Empat Masih Hilang​

5772dd7f4309fd08a055688b797300b16a06893175f3b


Satu lagi mayat mangsa bot membawa warga Indonesia karam di perairan Pulau Pangkor ditemukan malam tadi, menjadikan jumlah mangsa maut setakat ini 10 orang.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan mayat lelaki itu ditemukan nelayan pada 7.40 malam pada kedudukan 3.6 batu nautika timur laut dari lokasi kejadian.

“Mayat dipindahkan ke aset Pasukan Polis Marin (PPM) PSC 16 dari vesel nelayan tempatan dan dibawa ke Jeti PPM Kampung Acheh pada 9.35 malam untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

APMM memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari kelima diteruskan pada 7 pagi tadi bagi mencari empat lagi mangsa hilang.

Dalam kejadian 11 Mei, sebuah bot dipercayai membawa 37 pendatang tanpa izin Indonesia dilaporkan karam kira-kira 8.2 batu nautika dari Pulau Pangkor ketika dalam perjalanan menuju beberapa destinasi di Malaysia.

Setakat ini, 23 mangsa berjaya diselamatkan.

 
Back
Top
Log in Register