BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Warga Emas Hilang Akibat Bot Karam Ditemukan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Mayat Warga Emas Hilang Akibat Bot Karam Ditemukan​

069a176d2c1cc52afba5eeda6bd9dd6b6a3f3b52603a2

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Selangor

Mayat warga emas yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam ketika pulang daripada memancing ditemukan pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata mayat warga tempatan berusia 73 tahun itu dijumpai pada 8.30 pagi oleh orang awam kira-kira 500 meter dari kawasan bot terbabit karam.

“Kerja-kerja mengangkat mangsa sedang dijalankan oleh anggota bertugas berdasarkan laporan komander operasi pada 8.55 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ashrul berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk tindakan lanjut.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang, manakala seorang lagi lelaki selamat selepas bot dinaiki karam ketika pulang daripada memancing di Sungai Selangor berdekatan kawasan Jeti Bintara, Kuala Selangor pada petang Khamis lepas.

 
Back
Top
Log in Register