BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nelayan Hilang Selepas Bot Terbalik Di Perairan Pulau Tenggol

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Nelayan Hilang Selepas Bot Terbalik Di Perairan Pulau Tenggol​

f9c2f0505f938401348c666c667fc1786a32422f2568a

Kredit: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol, dekat sini petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata bot yang dinaiki mangsa, Sabrie Rusli, 32, yang berseorangan dipercayai terbalik kira-kira 5 petang ketika berada di lokasi berkenaan.

Beliau berkata pihaknya mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) pada 6.25 petang selepas menerima makluman daripada Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Kuantan, Pahang berhubung kejadian itu.

Abdul Halim berkata operasi berkenaan dilaksanakan dengan menggerakkan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) termasuk pesawat CL415 bagi mengesan mangsa bersama dengan agensi berkaitan.

"Operasi pencarian akan diperluas mengikut keadaan cuaca, arus dan keadaan laut bagi memastikan kawasan pencarian dapat diperiksa secara menyeluruh," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata operasi CARILAMAT diteruskan pagi ini dengan membabitkan kawasan seluas 58.6 batu nautika persegi di sekitar perairan Pulau Tenggol.

 
Back
Top
Log in Register