BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Hilang Selepas Bot Terbalik Di Sungai Galas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Hilang Selepas Bot Terbalik Di Sungai Galas​

9300c73dd3e2611dd1d54c0fce22acec677397751518a


Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya terbalik di Sungai Galas, Kampung Batu 6, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.16 petang.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati bot dalam keadaan terbalik, namun mangsa Mohd Ilham Che Mat Satar, 27, tidak ditemukan,” katanya semasa dihubungi hari ini.

Beliau berkata komander operasi melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas menerima taklimat daripada polis selain mendapatkan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Muhammad Azrul Izzham berkata operasi meliputi kawasan melebihi 10 kilometer di sepanjang Sungai Galas serta turut menyusuri sungai dari Limau Kasturi hingga ke Kampung Batu 6.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo mengesahkan kejadian tersebut dan setakat ini mangsa belum ditemukan.

 
Back
Top
Log in Register