BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Dikhuatiri Lemas Selepas Terjun Ke Sungai Perak Cuba Selamatkan Bot Hanyut

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Lelaki Dikhuatiri Lemas Selepas Terjun Ke Sungai Perak Cuba Selamatkan Bot Hanyut​

ff241b472bc71061a4eb05330de14bc46aa34a0acca0c

Kredit: JBPM Perak

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Perak untuk mendapatkan semula botnya yang hanyut dari sangkar ikan di Batu 18, Kampung Kuchai, dekat Bota Kiri, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5 petang, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar, BBP Parit dan BBP Kampung Gajah digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata jentera tiba di lokasi pada 5.25 petang, dan pasukan dimaklumkan lelaki berusia 38 tahun itu terjun ke sungai bagi mendapatkan semula botnya yang hanyut dari sangkar ikan miliknya di tepi Sungai Perak.

“Anak saudara mangsa cuba menghulurkan bantuan, namun tidak berjaya menyelamatkannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pasukan bomba bersama orang awam menjalankan pencarian pada 5 petang dan 9.45 malam, namun mangsa masih belum ditemukan.

“Operasi pencarian disambung pada 8 pagi ini dengan bantuan empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Teluk Intan dan empat anggota PPDA dari BBP Pulau Pangkor. Pasukan Khas K9 turut akan membantu pencarian mangsa,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register