BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Dikhuatiri Lemas Selepas Terjun Ke Sungai Golok Elak Ditahan PGA

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Dikhuatiri Lemas Selepas Terjun Ke Sungai Golok Elak Ditahan PGA​

7628feb2df415ce37a326e72a66690c95e7a1027641f4


Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Golok ketika cuba melarikan diri daripada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjalankan rondaan di pangkalan haram Abe Yie Parking, Rantau Panjang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada 4.15 pagi itu, dua lelaki yang identiti belum dikenal pasti dikesan berada di tebing Sungai Golok berhampiran concertina wire yang telah dirosakkan di pangkalan berkenaan.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata sebaik menyedari kehadiran  anggota bertugas, kedua-dua lelaki itu bertindak melarikan diri dan terjun ke dalam Sungai Golok.

“Seorang daripada lelaki berkenaan sempat berpaut pada tali sebelum diselamatkan seorang pemandu bot dari Thailand yang kemudian membawanya ke tebing sungai sebelah Thailand. Seorang lagi hilang dipercayai hanyut dan dikhuatiri lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jarak antara anggota bertugas dengan kedua-dua lelaki itu ketika kejadian dianggarkan lima meter.

Kejadian itu telah dimaklumkan kepada Pegawai Strike Force Kompeni C Batalion 8 PGA pada 4.32 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Sabarodzi berkata mayat lelaki berusia 38 tahun itu dijumpai pada 2 petang, kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian, iaitu di Batu 18, Kampung Kuchai, dekat Bota Kiri.

“Operasi pencarian melibatkan 30 anggota termasuk Unit K9 dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA). Pencarian awal dilakukan menggunakan teknik surface searching dalam radius enam kilometer sepanjang sungai,” katanya.

Terdahulu, Sabarodzi memaklumkan dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, mangsa dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Perak untuk mendapatkan semula botnya yang hanyut.

 
Back
Top
Log in Register