BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Disyaki Terjun Sungai Elak Pemeriksaan Polis Ditemukan Lemas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Disyaki Terjun Sungai Elak Pemeriksaan Polis Ditemukan Lemas​

fe686f176a434501640b9ef976dcbbc269c7ce6436767

Supt Mohd Rozaime Ab Rahim. fb Polis Besut

Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang dipercayai terjun ke Sungai Kampung Gong Maksom dekat Kampung Raja di sini semalam bagi mengelak daripada pemeriksaan polis, ditemukan lemas pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Rozaime Ab Rahim berkata mayat mangsa yang telah dikenali pasti identitinya ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar 11.30 pagi, kira-kira 250 meter dari lokasi terakhir lelaki tersebut dilihat.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 5.45 petang semalam, pihak polis sedang menjalankan pemeriksaan berkaitan kes dadah di kawasan berhampiran sungai tersebut.

“Lelaki itu dipercayai terjun ke dalam sungai ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis sebelum gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rozaime berkata mayat lelaki itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, beliau berkata pemeriksaan lanjut di sebuah bangsal kayu berhampiran lokasi kejadian turut menemukan sejumlah pil disyaki dadah.

 
Back
Top
Log in Register