combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Seru Rakyat Perkukuh Perpaduan Sempena Hari Malaysia
Kredit: FB Kesultanan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Pahang.
Baginda berdua berharap sambutan Hari Malaysia terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memupuk rasa kasih dan bangga terhadap negara dalam kalangan rakyat.
“Rakyat Pahang diseru agar terus menghargai keharmonian, saling menghormati dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam membina sebuah masyarakat yang bersatu padu, khususnya dalam negeri yang kaya dengan kepelbagaian kaum, agama serta budaya,” titah baginda berdua yang dimuat naik menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berharap rakyat sentiasa mengutamakan kepentingan negara, menjunjung prinsip Rukun Negara serta bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran negeri serta negara terus terpelihara.
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun memperingati pembentukan Malaysia, selain menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan rakyat dalam membina negara yang aman, maju dan sejahtera.