BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Ucapan Selamat Hari TUDM 2026

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Ucapan Selamat Hari TUDM 2026​

73799ae9ab6b6bb4a7c6f86a06d724406a1d33ef4223e

Kredit: FB - Kesultanan Pahang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2026 kepada seluruh pegawai dan anggota pasukan berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang hari ini, baginda berdua turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, pengorbanan serta komitmen yang dicurahkan oleh TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara serta menjamin keselamatan rakyat Malaysia.

“Selamat Hari TUDM 2026. Teruslah berkhidmat dengan penuh integriti, keberanian dan semangat patriotisme demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta,” titah baginda berdua menurut hantaran itu.

Baginda berdua turut menyanjung tinggi profesionalisme, keberanian dan dedikasi yang dipamerkan oleh warga TUDM dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab, termasuk ketika berdepan pelbagai cabaran serta tugasan yang menuntut pengorbanan besar demi negara.

“Keamanan, kestabilan dan kemakmuran yang dinikmati rakyat hari ini tidak dapat dipisahkan daripada peranan serta kesiapsiagaan berterusan pasukan keselamatan negara, termasuk TUDM yang sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan tanah air,” titah baginda berdua.

Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang turut mendoakan agar seluruh warga TUDM sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, keselamatan, kekuatan dan keberkatan dalam menjalankan tugas serta terus cemerlang dalam menggalas tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

 
Back
Top
Log in Register