BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448h

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448h​

2ccc3c655976af408d9322e4c0d616aa6a314e5f8615c

Kredit: FB Kesultanan Pahang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Maal Hijrah 1448H kepada umat Islam di negeri ini.

Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, baginda berdua berharap tahun baharu membawa keberkatan, keamanan dan kebahagiaan buat semua rakyat.

Selain itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran Facebook turut berharap tahun baharu ini menjadi titik permulaan untuk umat Islam memperbaharui azam, memperkukuh keimanan serta memperbanyak amal kebajikan demi meraih keredaan Allah SWT.

“Marilah kita bersama-sama menghayati semangat hijrah Rasulullah SAW dengan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik, memperkukuh perpaduan, menyemai nilai integriti dan meningkatkan iltizam dalam memajukan negeri serta menyejahterakan rakyat.

“Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat, keberkatan dan perlindungan-Nya kepada kita semua, serta mengurniakan kekuatan untuk terus istiqamah dalam setiap usaha dan pengorbanan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register