BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Tok Luar Datuk Jamaluddin

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,774
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,774
Reaction score
289
Points
146

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Tok Luar Datuk Jamaluddin​

e3e0a1f1004766c66ee08631c679165e6a40c6102e265

--kredit FB Kesultanan Pahang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Tok Luar Datuk Jamaluddin Ahmad yang meninggal dunia, pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, baginda berdua menzahirkan rasa amat sedih atas pemergian Allahyarham yang disifatkan sentiasa menunjukkan kesetiaan yang tinggi kepada institusi Kesultanan Pahang.

“Baginda turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan serta ditempatkan dalam kalangan hamba Allah SWT yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu.

Jamaluddin meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 6.48 pagi.

Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang juga berharap seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian serta kehilangan insan yang dikasihi.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register