kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Alzheimer: Corak Tidur Pengaruhi Seawal 20 Tahun Sebelum Muncul Simptom
Dr Mohamad Imran Idris
Perubahan pada otak yang dikaitkan dengan penyakit Alzheimer dikesan bermula 15 hingga 20 tahun sebelum kehilangan ingatan yang ketara berlaku, menjadikan tabiat tidur yang baik dan konsisten sejak dari awal penting sebagai langkah pencegahan.
Pakar Perunding Neurologi Sunway Medical Centre, Sunway City Dr Mohamad Imran Idris memberi amaran walaupun berjaga hingga lewat malam sekali-sekala mungkin kelihatan tidak berbahaya, corak tidur yang tidak baik secara konsisten selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun boleh meningkatkan tekanan metabolik pada otak, sekali gus mempercepatkan risiko neurodegeneratif atau kemerosotan fungsi otak.
“Perubahan pada otak bermula 15 hingga 20 tahun sebelum seseorang benar-benar mengalami demensia. Ini bermakna kira-kira 20 tahun sebelum mereka mula mengalami masalah ingatan yang teruk, perubahan mikroskopik pada otak sebenarnya sudah boleh dikesan,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif.
Menjelaskan salah faham meluas mengenai proses biologi tidur, Dr Mohamad Imran menegaskan seseorang tidak boleh menggantikan semula atau “membayar balik” tidur yang hilang pada hari berkerja dengan tidur berlebihan ketika hujung minggu.
“Tidur teratur itu yang penting kerana kerana tidur hanya empat jam pada waktu malam dan cuba menggantikannya dengan tidur selama 12 jam pada hujung minggu tidak berkesan dari segi biologi untuk menghapuskan keradangan otak yang telah terkumpul,” katanya.
Beliau berkata ketika tidur nyenyak, otak secara aktif menyingkirkan bahan buangan metabolik, sisa selular dan keradangan yang terkumpul sepanjang tempoh sesorang itu berjaga.
Kekurangan tidur yang kronik, katanya menyebabkan otak kehilangan tempoh pemulihan penting tersebut, sekali gus meningkatkan risiko kemerosotan fungsi kognitif dari semasa ke semasa.
Dr Mohamad Imran berkata terdapat hubungan berbentuk U antara tempoh tidur dengan risiko demensia, serta menegaskan bahawa tempoh tidur yang paling sesuai untuk pemulihan otak ialah tujuh hingga lapan jam setiap malam tanpa gangguan.
“Tidur terlalu sedikit meningkatkan risiko demensia tetapi terlalu banyak tidur juga boleh menjadi petanda bahawa seseorang sudah mula mengalami demensia, khususnya jika seseorang yang sebelum ini mempunyai corak tidur normal tiba-tiba mula tidur lebih lama atau menghabiskan sepanjang hari di atas katil,” katanya.