BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ikan gergasi 'petanda bencana' muncul sebelum gempa

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,756
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,756
Reaction score
289
Points
146

Ikan gergasi 'petanda bencana' muncul sebelum gempa​

3621229.webp

Ketika kejadian, Patta Daeng bersama 14 rakannya sedang berada di tengah laut. Foto: Agensi

NAGEKEO - Seorang nelayan dari Desa Nangadhero, Kecamatan Aesesa, Kabupaten Nagekeo, Flores, Nusa Tenggara Timur (NTT) berkongsi pengalaman ketika gempa bermagnitud 7.7 menggegar kawasan itu pada pagi Sabtu lalu.

Ketika kejadian, Patta Daeng bersama 14 rakannya sedang berada di tengah laut.

Daeng dan rakan-rakannya mendakwa melihat seekor ikan berukuran sangat besar muncul ke permukaan laut ketika mereka bersiap untuk menebarkan pukat.

Menurutnya, saiz ikan itu hampir menyamai kapal yang mereka naiki dan ia muncul beberapa kali.

“Kami akhirnya batalkan rancangan mahu menebarkan pukat kerana takut. Jika diteruskan, pukat pasti rosak,” katanya.

Mereka akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke darat selepas melihat ia mungkin sebagai 'petanda bencana'.

Ketika dalam perjalanan pulang, kapal lampara sepanjang antara sembilan hingga 18 meter yang dinaiki berayun dengan kuat secara tiba-tiba.

Pada mulanya, mereka menyangka gegaran itu mungkin berpunca daripada kerosakan enjin. Bagaimanapun, selepas enjin dimatikan, gegaran berpunca daripada gempa itu masih berterusan dan air laut juga seperti mendidih. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register