BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lubang gergasi muncul tepi jalan, sembur air macam ombak

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Lubang gergasi muncul tepi jalan, sembur air macam ombak​

geli-lubang.jpeg

TANGKAP layar video menunjukkan lubang gergasi itu menyemburkan air secara berkala seperti ombak. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Bengkulu Utara, wilayah Bengkulu terkejut apabila menemui sebuah lubang gergasi yang  tiba-tiba muncul dan menyemburkan air, lapor laman berita Kompas.

Lubang berdiameter 5 meter itu muncul berhampiran jalan di Desa Pasar Ketahun, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan air memancut keluar dari lubang berkenaan secara berkala seperti ombak.

Penghulu Desa Pasar Ketahun, Septa Irawan berkata, lokasi lubang itu terletak kira-kira 50 meter dari sebuah pantai.

“Air yang tersembur keluar itu masin dan jaraknya dengan pantai mencapai sekitar 50 meter,” kata Septa.

Septa berharap agar pihak berkuasa dapat menutup lubang kerana bimbang berlakunya kemalangan jiwa atau kecederaan. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register