BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN bukan PRU, Tuan Ibrahim jawab Puad

afwan83

Active+ Member
Messages
3,228
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,228
Reaction score
12
Points
25

PRN bukan PRU, Tuan Ibrahim jawab Puad​

4c5b23ee-b4c0-41a2-8fff-77b644c8e4a9-Puad-Zarkashi-Tuan-Ibrahim-Tuan-Man-tile-150926.jpg

Puad Zarkashi sebelum ini persoal pendirian Tuan Ibrahim Man yang menolak cadangan supaya DUN Terengganu dibubarkan lebih awal.

Timbalan presiden PAS itu berkata pendiriannya menyokong PRU16 diawalkan tidak bermakna parti itu perlu bersetuju dengan cadangan supaya PRN Terengganu turut diadakan lebih awal.

“PRU bukan PRN. Sepatutnya beliau desak Umno di Perak, Pahang dan Selangor keluar atau tendang Pakatan Harapan (PH) dari kerajaan negeri,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Puad yang mendakwa alasan kos digunakan PAS untuk menolak PRN Terengganu menguatkan pandangan bahawa parti itu tidak ikhlas menawarkan kerjasama politik menjelang PRU16.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu turut mempersoalkan pendirian Tuan Ibrahim yang sebelum ini menyokong PRU16 diawalkan, tetapi pada masa sama menolak cadangan supaya DUN Terengganu dibubarkan lebih awal.

Tuan Ibrahim sebelum ini berkata tiada keperluan mengadakan PRN Terengganu kerana pentadbiran negeri itu stabil dan pembubaran DUN hanya akan membebankan rakyat dengan kos serta tekanan politik yang tidak mendesak.

Cadangan PRN Terengganu dikemukakan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan sebagai langkah menguji keikhlasan PAS dalam usaha penyatuan Melayu serta membuktikan komitmen kedua-dua parti terhadap kerjasama politik.

Mohamad berkata sekiranya formula itu berjaya, ia boleh dijadikan model kerjasama PAS-Umno menghadapi PRU16.

Pada PRN Terengganu lalu, Umno gagal memenangi sebarang kerusi daripada 32 DUN dipertandingkan.

Parti itu turut tewas di semua lapan kerusi Parlimen di negeri berkenaan pada PRU15.
 
Back
Top
Log in Register