BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diabetes Jenis 2 Dikesan Dalam Kalangan Belia Seawal Usia 14 Tahun - Dzulkefly

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Diabetes Jenis 2 Dikesan Dalam Kalangan Belia Seawal Usia 14 Tahun - Dzulkefly​

f569f30ec8e4c54c42d99554a5a940cb6a5866cfc1fa8

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Trend penyakit tidak berjangkit (NCD), khususnya diabetes jenis 2 kini dikesan menular dalam kalangan golongan muda seawal usia 14 tahun, sekali gus menjadi isyarat amaran awal terhadap status kesihatan belia negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan data Daftar Diabetes Kebangsaan (NDR) menunjukkan trend yang amat menggusarkan apabila sebanyak 1,926 kes baharu didaftarkan pada 2024, sebelum meningkat kepada 1,932 pesakit pada 2025.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini (setakat Jun 2026) pula sebanyak 660 kes baharu telah dicatatkan.

Penularan ini membuktikan bahawa diabetes jenis 2 kini bukan lagi penyakit yang hanya melibatkan golongan dewasa, malah telah mula menjejaskan golongan remaja dan belia di bawah umur 30 tahun.

"Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat golongan muda yang sebenarnya mempunyai faktor risiko atau penyakit tidak berjangkit tanpa disedari. Kini, kita melihat individu didiagnos dengan diabetes jenis 2 pada usia yang lebih muda seawal 14 tahun,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Richard Rapu @ Aman Begri (GPS-Betong) yang meminta statistik terkini NCD dalam kalangan belia bawah 30 tahun, serta status keberkesanan kempen 'War on Sugar' (Perangi Gula) dan penguatkuasaan cukai gula dalam menurunkan kadar obesiti nasional.

Dzulkefly menjelaskan risiko itu terbukti menerusi pelaksanaan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) pada tahun 2025 yang menyaring 347,813 individu berumur 18 hingga 30 tahun.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 11,751 orang atau 3.4 peratus dikenal pasti mempunyai paras glukosa darah yang tinggi, manakala 30,170 orang (8.8 peratus) pula didapati mempunyai bacaan tekanan darah yang tinggi, walaupun 98.1 peratus daripada keseluruhan peserta saringan tidak mempunyai sejarah NCD,” katanya.

Bagi menangani situasi berkenaan, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) kini mengalihkan fokus sistem penyampaian daripada sick-care (rawatan penyakit) kepada health-care (penjagaan kesihatan pencegahan) menerusi pengesanan awal dan intervensi perubahan gaya hidup.

 
Back
Top
Log in Register