BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perubatan Gaya Hidup Dalam Penjagaan Kesihatan Primer Penting Perkukuh Usaha Tangani Diabetes Jenis 2

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Perubatan Gaya Hidup Dalam Penjagaan Kesihatan Primer Penting Perkukuh Usaha Tangani Diabetes Jenis 2​

68b0bf4b2844b12e78598f2842c46a9a6a770227c946d

Dr Siva Poobalasingam

Perubatan gaya hidup perlu disepadukan ke dalam penjagaan kesihatan primer menerusi latihan berstruktur untuk profesional penjagaan kesihatan bagi memperkukuh usaha Malaysia mencegah diabetes jenis 2, menurut Persatuan Perubatan Gaya Hidup Malaysia (MSLM).

Presiden dan Pengasas MSLM Dr Siva Poobalasingam berkata pendekatan seumpama itu membolehkan profesional penjagaan kesihatan meningkatkan usaha pencegahan dan pengurusan diabetes jenis 2 serta bagi kes bersesuaian dari sudut klinikal, membantu pesakit yang memenuhi kriteria mencapai remisi melalui intervensi gaya hidup berasaskan bukti.

Gesaan berkenaan dibuat susulan pendedahan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad baru-baru ini bahawa diabetes jenis 2 kini dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia seawal 14 tahun, sekali gus memperlihatkan peningkatan beban penyakit tidak berjangkit (NCD) dan keperluan terhadap intervensi lebih berkesan.

“Pencegahan kekal sebagai tunjang utama kesihatan awam namun kita perlu mengakui ramai rakyat Malaysia menghidap diabetes jenis 2.

“Sistem penjagaan kesihatan kita bukan sahaja perlu dilengkapi untuk mencegah penyakit ini tetapi juga mampu menguruskannya dengan berkesan dan jika bersesuaian, membantu pesakit yang layak untuk mencapai remisi menerusi program gaya hidup yang berstruktur," katanya kepada Bernama.

Dr Siva berkata usaha berkenaan memerlukan pendidikan dan latihan secara sistematik kepada doktor, jururawat, pakar dietetik serta profesional kesihatan bersekutu yang lain supaya mereka dapat memberikan preskripsi dan sokongan terhadap intervensi gaya hidup terapeutik dengan yakin, di samping rawatan perubatan konvensional.

“Perubatan gaya hidup bukan alternatif kepada perubatan konvensional, sebaliknya merupakan komponen penting dalam penjagaan klinikal standard yang menangani punca utama penyakit kronik melalui perubahan tingkah laku berkekalan dan berasaskan bukti santifik,” katanya.

Beliau berkata perubatan gaya hidup berteraskan enam tonggak berasaskan bukti iaitu pemakanan sihat, aktiviti fizikal secara berkala, tidur mencukupi dan berkualiti, pengurusan tekanan, menghindari bahan berbahaya serta hubungan sosial yang positif, yang keseluruhannya menyokong kesihatan metabolik dan membantu mengurangkan perkembangan penyakit kronik.

 
Back
Top
Log in Register