BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Intervensi Gaya Hidup Berstruktur Bantu Pengurusan Diabetes Lebih Baik Dalam 12 Minggu

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Intervensi Gaya Hidup Berstruktur Bantu Pengurusan Diabetes Lebih Baik Dalam 12 Minggu​

d1dc0bfa32bd0d33200741c7a80e246c6a62343a69f2b

Pengarah Perubatan Abbott Nutrition Dr Nina Mazera Mohd Said

Satu intervensi gaya hidup berstruktur didapati membantu individu dewasa yang mengalami obesiti dan baru didiagnosis menghidap diabetes jenis 2 mencapai kawalan keadaan jauh lebih baik dalam tempoh 12 minggu, menurut kajian dijalankan oleh Abbott dan Changing Health.

Intervensi berkenaan melibatkan diet rendah kalori minuman nutrisi khusus untuk diabetes serta sokongan digital termasuk pelan pemakanan, bimbingan secara individu serta sokongan berterusan daripada profesional penjagaan kesihatan.

Dapatan kajian menunjukkan peserta mencapai peningkatan ketara dalam penurunan berat badan, kawalan paras gula dalam darah serta tekanan darah menerusi pendekatan berstruktur yang menggabungkan pemakanan dan perubahan gaya hidup.

Kajian berkenaan yang diterbitkan dalam jurnal Clinical Diabetes, melibatkan 157 individu dewasa yang mengikuti program diet rendah kalori dengan pengambilan dua hingga empat hidangan harian minuman nutrisi khusus diabetes sebagai pengganti sebahagian hidangan makanan.

Peserta merekodkan purata penurunan berat badan sebanyak 11 kilogram, bersamaan pengurangan 11 peratus berat badan serta penurunan satu mata peratusan dalam paras hemoglobin A1c (HbA1c).

Kajian berkenaan turut mencatatkan pengurangan ketara dalam tekanan darah sistolik dan diastolik, sekali gus menyerlahkan potensi pendekatan gaya hidup berstruktur dalam membantu pengurusan diabetes.

Pengarah Perubatan Abbott Nutrition Dr Nina Mazera Mohd Said berkata dapatan kajian terbabit memperlihatkan bahawa peningkatan ketara dalam kawalan diabetes boleh dicapai melalui intervensi berstruktur yang disokong oleh bimbingan, teknologi serta panduan pemakanan.

“Keputusan sebegini biasanya dikaitkan dengan pendekatan rawatan yang lebih intensif atau invasif, sekali gus menyerlahkan kesan intervensi gaya hidup berstruktur dalam membantu mengawal diabetes,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata meskipun ramai penghidap diabetes jenis 2 memahami langkah-langkah yang diperlukan bagi menguruskan keadaan mereka, cabaran sebenar adalah memastikan pengetahuan terbabit diterapkan sebagai rutin harian yang berterusan.

 
Back
Top
Log in Register