BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Guna Data PAKW Rangka Intervensi Kos Sara Hidup Ikut Negeri

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Kerajaan Guna Data PAKW Rangka Intervensi Kos Sara Hidup Ikut Negeri​

110fc651202c65f47d03bb314a4f02066a5879e34f588

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan meneliti pelbagai intervensi bagi menangani isu kos sara hidup berdasarkan data Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW), termasuk mengambil kira perbezaan kos kehidupan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata PAKW yang dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bertujuan membantu merangka intervensi bersesuaian, susulan wujud perbezaan ketara dalam corak perbelanjaan isi rumah mengikut lokasi.

"Antara kemampuan, keperluan dan kehendak, ini perkara yang akan mempengaruhi corak perbelanjaan isi rumah rakyat Malaysia. Itu sebabnya kita lakukan PAKW ini dan membangunkan kalkulator PAKW di laman web myPAKW.dosm.gov.my supaya isi rumah dapat melihat corak perbelanjaan mereka," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) mengenai status kajian lapangan oleh pakar ekonomi bagi 2023 hingga 2025 dalam merangka penyelesaian menyeluruh terhadap isu inflasi dan kenaikan harga barang keperluan, khususnya melibatkan perbezaan kos sara hidup antara kawasan bandar dan luar bandar.

Mengulas lanjut mengenai ketidaksamaan kos itu, Mohd Shahar memberikan perbandingan nilai PAKW di beberapa negeri bagi membuktikan keperluan pelaksanaan dasar yang bersasar.

"Kita akui corak perbelanjaan di bandar sudah pasti berbeza dengan di Kelantan. Sebagai perbandingan, nilai PAKW di Kuala Lumpur ialah RM5,639, manakala di Kelantan RM4,254 dan di Sabah RM4,511. Perbezaan ini diambil kira kerana kita mahu melihat bentuk intervensi yang harus dilakukan.

"Oleh itu, kerajaan melaksanakan pelbagai program latihan untuk menaikkan siling dan lantai pendapatan supaya rakyat mempunyai keupayaan mendapat gaji yang tinggi, dan pendekatan ini dibuat berdasarkan setiap Rancangan Malaysia Lima Tahun dengan pengemaskinian dilaksanakan sebanyak dua kali," katanya.

Mohd Shahar berkata usaha berterusan itu turut dapat dilihat menerusi perubahan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), yang sentiasa dikemas kini berdasarkan Rancangan Malaysia Lima Tahun, dengan nilai PGK keseluruhan meningkat kepada RM2,705 pada 2024, berbanding RM980 pada 2016.

 
Back
Top
Log in Register