BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kos Sara Hidup Antara Cabaran Golongan Muda Berkeluarga - Rohani

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141

Kos Sara Hidup Antara Cabaran Golongan Muda Berkeluarga - Rohani​

8bd6c250f29683e04cf0987082f5db6c6a76e7c0dcbed

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Kos sara hidup yang semakin meningkat antara cabaran utama golongan muda merealisasikan hasrat untuk berkahwin dan mempunyai anak, kata Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata dapatan Tinjauan Hari Penduduk Sedunia 2025 oleh LPPKN menunjukkan faktor ekonomi menyebabkan sebahagian daripada mereka tidak dapat mencapai saiz keluarga yang diinginkan.

“Rata-rata mahu berkahwin dan mempunyai anak, iaitu sekurang-kurangnya tiga orang tetapi kos sara hidup yang meningkat menyebabkan bilangan tidak sampai kepada tiga. Kebanyakannya seorang atau dua (anak),” katanya kepada Bernama di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh, di sini hari ini.

Terdahulu, Rohani merasmikan Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2026 Peringkat Negeri Melaka yang bertemakan “Merealisasikan Harapan dan Aspirasi Golongan Muda: Hari Ini dan Masa Hadapan” yang turut dihadiri Ketua Pengarah LPPKN Datuk Abdul Shukur Abdullah.

Rohani berkata aspirasi golongan muda untuk membina keluarga perlu diberikan perhatian kerana pembentukan keluarga dan pertambahan generasi baharu berkait rapat dengan kelangsungan struktur penduduk negara terutama ketika Malaysia berhadapan trend penuaan penduduk.

Beliau berkata Malaysia kini melalui perubahan demografi yang ketara termasuk penurunan kadar kelahiran, peningkatan usia berkahwin, perubahan struktur keluarga, peningkatan kos sara hidup, penghijrahan tenaga kerja dan pertambahan penduduk berusia.

Selain itu, beliau berkata tinjauan itu yang melibatkan 3,625 responden mendapati 90.9 peratus golongan bujang masih berhasrat untuk berkahwin dan 91.1 peratus mahu mempunyai anak manakala satu pertiga responden yang telah berkahwin masih ingin menambah bilangan anak.

Bagi Melaka, 86.5 peratus responden bujang berhasrat untuk berkahwin dan mempunyai anak pada masa hadapan manakala 93.0 peratus responden telah berkahwin mempunyai anak dengan purata bilangan anak yang diinginkan sebanyak tiga orang.

“Masalah kesuburan, kos sara hidup yang tinggi dan masalah kesihatan dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menghalang mencapai saiz keluarga yang diinginkan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register