BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ziarah Kasih Ruang Dekati Golongan Berdepan Cabaran Hidup - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ziarah Kasih Ruang Dekati Golongan Berdepan Cabaran Hidup - Fahmi​

018be99acbd1b61a080553f50feff87e6a29746b1b206

fa2059895429cf754569083011b872616a297461a332f

8724985de84d5a601d91d7a051530f076a297457d5907

fb Fahmi Fadzil

Program mendekati masyarakat seperti Ziarah Kasih sentiasa mengingatkan bahawa masih ada individu yang berdepan dengan pelbagai cabaran hidup dan memerlukan perhatian, sokongan serta keprihatinan masyarakat di sebalik kesibukan kehidupan harian, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata setiap ziarah yang dilaksanakan membuka ruang untuk mendekati golongan memerlukan selain memahami realiti kehidupan yang dihadapi mereka.

“Hari ini saya sempat lawat beberapa warga di Kampung Pasir Baru dan Taman Seri Sentosa dalam program Ziarah Kasih. Antara yang sempat saya santuni ialah Md Fozi Abdullah, Chan Peng Keong dan Evangelin Miranda.

“Semoga sedikit kehadiran dan perhatian ini dapat membawa makna, selain mengeratkan lagi hubungan sesama kita,” katanya.

Beliau, dalam pada itu, turut mendoakan agar mereka terus diberi kekuatan, dipermudah segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik.

 
Back
Top
Log in Register