BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan MADANI Perkukuh Usaha Dekati Rakyat Menerusi Ziarah Kasih

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan MADANI Perkukuh Usaha Dekati Rakyat Menerusi Ziarah Kasih​

a5ccba6ae8052aa04c6a39e0330b614d6a3a6051909bf

5f3f63642bde15e3c5ee5751a76826356a3a60630d185

Setiausaha Politik kepada Menteri Komunikasi, Abdullah Izhar Yusof (kiri) menyantuni warga emas, Zainon Ibrahim, 91, (dua, kiri) dan anaknya, Jamaluddin Ismail, 64, (dua, kanan) sempena Program Ziarah Kasih di Jalan Merbuk, Rumah Murah Endau, hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan MADANI komited memperkukuh usaha mendekati rakyat menerusi program Ziarah Kasih, yang antara lain bertujuan menyampaikan bantuan secara langsung kepada golongan memerlukan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Komunikasi Abdullah Izhar Mohamed Yusof berkata pendekatan itu mencerminkan iltizam untuk merapatkan jurang antara kerajaan dan rakyat, sekali gus membantu meringankan beban yang dihadapi.

"Inisiatif ini merupakan usaha berterusan kerajaan dengan penerima dikenal pasti daripada Jabatan Penerangan serta Komuniti MADANI dan akan diteruskan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita pada Program Jiwa@Komuniti MADANI Sembang Santai Edisi Piala Dunia di Endau, di sini hari ini.

Beliau berkata program itu akan diteruskan secara berkala sebagai usaha memastikan kebajikan masyarakat terus terpelihara, bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan dan keprihatinan terhadap rakyat.

Abdullah Izhar turut meluangkan masa menyantuni warga emas yang berdepan masalah kesihatan dan menyampaikan sumbangan serta peralatan kesihatan sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat.

Antara penerima ialah Hamdan Abd Latif, 71, yang kini terlantar akibat penyakit angin ahmar dan diuruskan sepenuhnya oleh isterinya, Meriam Abd Wahab.

Sementara itu, Meriam, 66, berkata beliau bersyukur atas bantuan yang diterima kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang dihadapi.

Beliau berkata suaminya yang juga pesara bomba terjatuh ketika sedang memancing udang pada 2011, kira-kira dua minggu sebelum dijadualkan bersara wajib dan pemeriksaan doktor mengesahkannya mempunyai ketumbuhan pada otak serta terpaksa menjalani pembedahan.

Meriam berkata Hamdan kemudiannya disahkan bebas daripada ketumbuhan namun kesan penyakit itu menjejaskan kesihatan suaminya secara perlahan-lahan sebelum diserang strok selepas terjatuh di tandas, tahun lepas.

 
Back
Top
Log in Register