BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Langgar Dua Kenderaan Di Perai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Langgar Dua Kenderaan Di Perai​

ce9f98e1da1c6a10df22bf3f3a930e206aaaa790d7e83

kredit: Media Sosial

Polis mengesahkan video tular memaparkan seorang remaja berusia 14 tahun memandu sebuah kereta sehingga melanggar dua kenderaan lain dalam kejadian di dua lokasi berasingan di Taman Chai Leng, Perai, di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata kejadian berlaku pada 4.50 petang semalam dan laporan diterima pada 8.47 malam hari sama.

“Siasatan awal mendapati remaja itu yang memandu dari Lorong Kurau 23 menuju ke Jalan Kurau 1 terlebih dahulu melanggar sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan.

“Dia kemudian meneruskan perjalanan sebelum dipercayai memasuki laluan sehala secara melawan arus di Lebuh Kurau 5 dan melanggar sebuah lagi kereta yang sedang bergerak di laluan betul,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Nik Aminuddin berkata kemalangan itu menyebabkan ketiga-tiga kenderaan mengalami kerosakan, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Beliau berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Dalam pada itu, Nik Aminuddin berkata ibu bapa dan penjaga diminta supaya memantau aktiviti anak-anak serta tidak membenarkan mereka yang masih di bawah umur memandu kenderaan.

Terdahulu, video kejadian itu tular di media sosial hari ini memaparkan seorang remaja memandu sebuah kereta sehingga melanggar kenderaan lain sebelum dihentikan orang ramai di lokasi kejadian.

 
Back
Top
Log in Register