BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Di Kota Tinggi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Di Kota Tinggi​

e5facd6a2204dd04fae876625d2408a65eafe1098208a


Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di simpang tiga Taman Anggerik di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian melibatkan motosikal jenis Yamaha Skuter Ego dan Kawasaki KR150 itu, kira-kira 9.05 malam.

Beliau berkata mangsa, pembonceng skuter cedera parah pada bahagian kepala dan badan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh penolong pegawai perubatan.

“Manakala penunggang kedua-dua motosikal berusia 15 (skuter) dan 26 tahun itu pula, mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Kluang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata mayat telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur dan kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini, boleh tampil menyalurkannya di bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah di sini bagi membantu siasatan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register