BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lelaki Maut, Seorang Cedera Kemalangan Dua Lori Di Simpang Pulai

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Dua Lelaki Maut, Seorang Cedera Kemalangan Dua Lori Di Simpang Pulai​

76f43ea1027d8545bf26a8f57fdc04af6aaa0f04375c8

Kredit: JBPM Perak

Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua lori di Jalan Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands dekat sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8.36 malam sebelum jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai tiba di lokasi 20 minit kemudian.

Beliau berkata kemalangan itu membabitkan sebuah lori membawa muatan habuk kayu dan sebuah lagi lori membawa muatan sayur, dengan tiga lelaki terbabit dalam insiden berkenaan.

“Seorang lelaki berusia 42 tahun yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan hidraulik dan dihantar dengan ambulans ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.

“Dua lagi mangsa, masing-masing berusia 40 dan 35 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata anggota bomba turut melakukan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan dan tumpahan minyak di permukaan jalan menggunakan satu aliran salur bantu mula serta habuk kayu.

Beliau berkata operasi berjaya dikawal pada 11 malam dan ditamatkan pada 1.15 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

 
Back
Top
Log in Register