Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,758
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,758
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Tiga Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Di Maran
Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang
Tiga individu maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Besar Maran-Temerloh di Kampung Paya Pasir, Maran, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 6.02 pagi, sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Maran digerakkan ke lokasi.
Beliau berkata kemalangan itu, membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian membabitkan seorang penumpang lelaki di dalam Perodua Alza, manakala dua lagi merupakan wanita yang menaiki Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata dua lagi individu yang turut berada di dalam Perodua Alza mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.