afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Siasat TH hingga tempoh saya jadi PM, kata Anwar
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji ditubuhkan pada 2021 bagi menyiasat pengurusan, operasi dan isu berkaitan aset institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020.
Anwar berkata ini termasuk meneliti apa yang berlaku dalam tempoh 2021 hingga 2024, iaitu ketika beliau sudah menjadi perdana menteri dengan mengetuai kerajaan perpaduan.
“Jangan berhenti setakat 2020. Tanya juga apa yang berlaku 2021, 2022, 2023 dan ada 2024 semasa saya perdana menteri. Silakan.
“Kita kalau tak curi wang tak perlu takut. Siasatlah,” katanya dalam sebuah program audio siar.
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH ditubuhkan pada 2021 bagi menyiasat pengurusan, operasi dan isu berkaitan aset institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020.
Suruhanjaya berkenaan memuktamadkan laporannya pada Julai 2022 sebelum ia dinyahklasifikasi dan didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu.
Susulan pendedahan itu, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Jamil Khir Baharom dan bekas pengerusi TH Azeez Rahim didakwa di mahkamah. Namun kedua-duanya mengaku tidak bersalah.
Jamil didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan TH melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta antara 2015 hingga 2017.
Azeez pula berdepan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan jawatan pengerusi sebuah syarikat dengan gaji RM690,000, 12 tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi pada 31 Jul lalu berkata Kabinet bersetuju supaya sela waktu dapatan kajian RCI TH dilanjutkan meliputi era pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Anwar turut menegaskan keputusan mendedahkan laporan RCI itu bukan dibuat olehnya secara bersendirian, sebaliknya diputuskan bersama Jemaah Menteri.
“Saya kemukakan dan tanya timbalan perdana menteri, menteri-menteri macam mana? Setuju? Okay setuju.
“Bila? Segera. Tapi syarat, biar boleh bahas di Parlimen,” katanya.
Anwar turut menegaskan keputusan sama ada seseorang melakukan kesalahan dan perlu didakwa bukan tanggungjawab perdana menteri, sebaliknya perlu melalui proses siasatan teliti.
Katanya, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab menjalankan siasatan, manakala keputusan mendakwa serta menentukan kesalahan terletak pada agensi undang-undang.
“Saya tidak mahu terlibat dalam apa-apa langkah yang mezalimi orang lain kerana saya mengerti harga zalim itu.
“Orang yang tak salah takkan disabitkan, bila ke mahkamah, ia putuskan berdasarkan fakta,” katanya.