BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan jadikan tindakan terhadap TH, Felda isu kaum, agama, kata Anwar

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

Jangan jadikan tindakan terhadap TH, Felda isu kaum, agama, kata Anwar​

e1f01876-90a1-48fc-8707-92ccf8ca5f20-1-anwar-ibrahim-210826.jpg

Anwar Ibrahim berkata institusi Melayu dan Islam perlu menunjukkan contoh dalam soal tadbir urus dengan sebarang kepincangan diperbetulkan dan dibersihkan.

Perdana menteri berkata pendekatan sama turut digunakan terhadap institusi lain seperti Felda dan tindakan sedemikian tidak seharusnya dijadikan isu kaum atau agama.

“Ada pula pula seorang pemimpin parti Islam kata asyik nak kena tindakan kepada badan-badan (agensi) Melayu dan Islam.

“Kalau kenal pasti masalah, kita akan ambil tindakan.

“Jangan jadikannya ini sebagai permasalahan kaum atau agama,” katanya berucap pada program bersama pengurusan tertinggi dan pengurus Felda.

Anwar tidak menamakan mana-mana individu, namun kenyataannya menyusul selepas Presiden PAS Hadi Awang mendakwa isu berkaitan TH dijadikan sasaran kerana institusi itu membawa ‘jenama Islam’.

Hadi dilaporkan berkata penyelewengan dan salah laku memang berlaku dalam institusi kewangan Islam, namun mendakwa kepincangan lebih besar di institusi lain tidak mendapat perhatian sama.

Mengulas lanjut, Anwar berkata dalam kes TH, orang Melayu dan Islam sepatutnya lebih tegas memastikan institusi yang membawa imej Islam diurus dengan baik kerana mereka perlu menunjukkan contoh dalam soal pengurusan, akhlak dan nilai.

“Seperti dalam Tabung Haji, malah kalau tanya saya, orang Islam dan Melayu patut lebih sungguh-sungguh, lebih teliti dalam soal pengurusan, akhlak dan nilai,” katanya.

Anwar turut merujuk masalah Felda serta langkah pemulihan terhadap agensi itu sebagai contoh kerajaan tidak boleh membiarkan kelemahan pengurusan hanya kerana ia membabitkan institusi yang dekat dengan masyarakat Melayu.

Beliau berkata Kertas Putih Felda telah dibentangkan selain langkah menubuhkan pasukan petugas khas dan jawatankuasa pemulihan bagi mengelakkan masalah terdahulu berulang.

“Tujuannya nak menjamin peranan dan elak mudarat,” katanya sambil menepis dakwaan pendedahan salah laku boleh memalukan institusi Islam.

Anwar berkata pendekatan sepatutnya adalah membersihkan kepincangan yang berlaku dan menunjukkan kesediaan untuk memperbetulkannya.

“Bila ada masalah kena rasuah (kata) tak bolehlah (dedah) sebab ini badan Islam… jangan hebahkan kerana malu.

“(Sebaliknya) Kita harus jadi contoh dan kalau sudah berlaku… bersihkan dan orang boleh terima,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register