BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu TH, Felda akan jejas kredibiliti Umno, tetapi kesannya berbeza, kata penganalisis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Isu TH, Felda akan jejas kredibiliti Umno, tetapi kesannya berbeza, kata penganalisis​

2dd31939-1403-453a-baaf-73744014a331-tabung-haji-logo-290726-resize.jpg

Kontroversi membabitkan Tabung Haji dan Felda akan memberi kesan lebih besar kepada golongan berusia 40-an berbanding kumpulan lebih muda, kata CEO Ilham Centre Hisommudin Bakar.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ilham Centre, Hisommudin Bakar, berkata golongan berumur 40 tahun ke atas lebih mudah memahami isu itu serta implikasinya, yang boleh menghidupkan semula persepsi negatif terhadap Umno.

“Mereka yang berumur 40 tahun ke atas pasti akan mengikuti kronologi kes ini, manakala anak muda tiada ingatan politik langsung terhadap kontroversi itu,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, kecuali kontroversi rumit, khasnya yang berlaku pada masa lalu dijelaskan kepada golongan muda dengan cara mudah, jelas dan menunjukkan kaitannya dengan masa depan, isu ini tidak akan banyak mempengaruhi pandangan politik mereka.

“Mereka (golongan muda) mungkin tidak menolak Umno terang-terangan, tetapi pendedahan ini mengukuhkan persepsi parti itu masih dibebani legasi lampau.”

Laporan RCI TH yang didedahkan Julai lalu merumuskan gabungan komitmen hibah berlebihan, amalan perakaunan meragukan, kelemahan pengawasan, strategi pelaburan terlalu bercita‑cita tinggi serta peningkatan tanggungan subsidi meletakkan tekanan kewangan ketara ke atas TH antara 2014 hingga 2020.

Pihak berkuasa turut menyiasat dakwaan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah membabitkan Felda serta anak syarikatnya.

Hisommudin berkata, parti itu tidak patut mempertahankan golongan lama secara membuta tuli dalam isu ini, sebaliknya menggunakan semakan semula yang sedang dijalankan untuk menuntut penjelasan.

“Mereka bukan saja perlu tanya apa yang berlaku dahulu, tetapi sejauh mana Felda dan TH telah pulih di bawah pentadbiran kerajaan Madani.

“Adakah reformasi tadbir urus telah dilaksanakan? Adakah kedudukan kewangan mereka benar‑benar bertambah baik? Adakah kepentingan peneroka dan pendeposit kini lebih terjamin?”

‘Belia mahu tindakan terhadap individu’

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Fazreen Fauzi, berkata anak muda Melayu kurang mengambil kira parti mana terbabit, sebaliknya lebih menekankan sama ada tindakan diambil terhadap pihak bertanggungjawab.

“Belia tidak melihat kepada parti. Jika seseorang melakukan kesalahan, mereka mahu tindakan diambil.”

Berdasarkan pemerhatiannya di media sosial, katanya, kontroversi membabitkan TH dan Felda lebih memberi kesan kepada golongan muda di mana keluarga mereka mempunyai kaitan dengan Felda atau simpanan di TH.

Tegasnya, kegagalan mengambil tindakan terhadap pihak bersalah akan menimbulkan sikap sinis dalam kalangan belia terhadap kerajaan, yang diharapkan mereka untuk “menjalankan tugas dan mentadbir negara dengan baik”.

‘Masa mungkin memihak kepada Umno’

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata masa kes ini didedahkan mungkin menguntungkan Umno kerana hubungan parti itu dengan PAS semakin baik serta menjelang Perhimpunan Agung Umno akan datang.

Katanya, ahli Umno mungkin bertanya kenapa kontroversi ini dibangkitkan semula sekarang, sedangkan parti itu menganggotai kerajaan perpaduan sejak 2022.

Beliau berkata, golongan muda mungkin melihat kes ini dibangkitkan semula bukan bertujuan menuntut akauntabiliti semata-mata, tetapi untuk menekan Umno, yang akhirnya boleh meningkatkan sokongan terhadap parti itu dan menguatkan seruan ke arah perpaduan politik Melayu-Islam.
 
Back
Top
Log in Register