afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,224
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,224
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PAS ‘toksik’ bantu angkat Muhyiddin jadi PM, kata Hamzah
Presiden Wawasan Hamzah Zainudin mahu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kenang kembali jasa PAS mendukungnya menjadi perdana menteri.
Presiden Wawasan berkata, tidak wajar mana-mana pihak menuduh sesuatu parti sedemikian rupa tanpa mengambil kira sumbangan dan peranan PAS dalam perjalanan politik gabungan tersebut.
“Macam mana dia boleh kata toksik? Tanpa PAS, Muhyiddin tidak boleh menjadi perdana menteri. Tanpa Umno, Muhyiddin tidak boleh menjadi perdana menteri.
“Maka, janganlah menuduh orang toksik. Kita kena ingat sejarah bagaimana orang luar atau parti lain membantu kita sehingga kita boleh menjadi perdana menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir pertemuan bersama calon Sikamat dan Ampangan.
Hamzah turut mengingatkan Muhyiddin bahawa PN bukan hak mutlak Bersatu.
Beliau berkata, kerjasama antara parti dalam PN perlu dilihat dari sudut usaha membina kekuatan politik, termasuk di peringkat negeri, bukannya melalui pertelingkahan mahupun tuduhan.
Sebelum ini, Muhyiddin mendakwa PN kini sudah menjadi toksik dan terpesong daripada perjuangan di bawah pimpinan PAS.
Bekas perdana menteri itu, mendakwa PAS membuat tuduhan tidak benar berserta fitnah terhadap kepimpinan Bersatu sebagai usaha meminggirkan parti itu.
Muhyiddin mengambil contoh kemelut politik di Perlis dan berkata ia berpunca daripada kesilapan pemimpin PAS sendiri. Peristiwa di negeri itu menyaksikan jawatan menteri besar beralih kepada Bersatu.
