afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Tadbir urus baik mesti jadi asas kerajaan, kata Hamzah
Hamzah Zainudin menekankan agenda ‘Reset’ bukan sekadar mahu menukar kerajaan tetapi membetulkan cara negara merancang ekonomi, pendidikan, perpaduan dan kebajikan rakyat. (Gambar Facebook)
Sehubungan itu, beliau menekankan agenda ‘Reset yang dibawanya bukan sekadar mahu menukar kerajaan tetapi membetulkan cara negara merancang ekonomi, pendidikan, perpaduan dan kebajikan rakyat.
Menurutnya, asas pertama agenda itu ialah mencari matlamat bersama bagi membina negara lebih maju dan tersusun pada masa depan.
Beliau menambah tonggak kedua ialah perkongsian kekayaan yang menurut Hamzah hanya boleh dilakukan jika ekonomi negara dibesarkan terlebih dahulu.
Katanya, konsep kemakmuran bersama (shared prosperity) itu pula tidak boleh terhenti pada angka pertumbuhan ekonomi, sebaliknya mesti diterjemahkan kepada kehidupan harian rakyat.
“Pertamanya apa? Ada makanan di atas meja.
“Keduanya mereka fikirkan tentang kedudukan duit dalam poket masing-masing. Dan ketiganya untuk semua dapat memikirkan ada rumah serta tempat berlindung,” katanya dalam temu bual FMT.
Hamzah mengumumkan Wawasan yang dijenamakan semula daripada Parti Cinta Malaysia (PCM) pada 13 Jun sebagai wadah politik kepada gerakan Reset di bawah naratif ‘Konsensus Nasional Baharu’.
Gerakan itu bermatlamat memperkukuh kerjasama politik bersama pelbagai blok dan parti sehaluan.
Timbalan pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata tonggak ketiga ‘compassionate governance’ atau tatakelola berperikemanusiaan, yang tidak boleh dipersoalkan.
Hamzah berkata menerusinya kerajaan tidak boleh hanya melihat kumpulan kaya, kelas pertengahan atau miskin secara berasingan, tetapi perlu membina sistem membuat semua pihak berasa dilindungi.
“Orang kaya akan membantu mereka yang kurang upaya.
“Begitu juga yang miskin, kerajaan akan melihat supaya dapat dipertingkatkan. Semuanya merasakan boleh hidup aman, damai dalam negara yang kita sayangi ini,” katanya.
