Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Pemegang MyKad Elok Dinasihat Tangguh Penukaran Kad Baharu - JPN Sandakan
Orang ramai menunggu giliran untuk membuat MyKad Generasi Baharu dan urusan berkaitan pengenalan diri ketika tinjauan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Sandakan hari ini.
Pemegang MyKad yang masih dalam keadaan baik dan berfungsi dinasihatkan menangguhkan sementara penukaran kepada MyKad Generasi Baharu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sandakan bagi memberi keutamaan kepada mereka yang memerlukan penggantian kad bermasalah.
Ketua Pejabat JPN Sandakan Rommel Dela Cruz berkata keutamaan ketika ini diberikan kepada penggantian kad pengenalan yang rosak secara fizikal, hilang atau mengalami kerosakan cip, selain urusan pertukaran alamat.
“Pelanggan dinasihatkan bahawa hanya kad pengenalan yang bermasalah perlu ditukar buat masa ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan mereka yang benar-benar memerlukan penggantian MyKad diberikan keutamaan bagi memastikan urusan dapat diselesaikan dengan lancar.
Rommel berkata bagi penggantian kepada MyKad Generasi Baharu tanpa imej bayangan (ghost image), keutamaan turut diberikan kepada pemegang kad versi lama iaitu Kad Pengenalan Plastik (KPP) dan Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT).
Beliau berkata petugas di kaunter nombor giliran akan membuat saringan awal bagi memastikan hanya permohonan yang memenuhi keperluan diteruskan untuk urusan di kaunter.
Sementara itu, Jumatiah Ismail, 38, menyifatkan langkah mendahulukan urusan gantian MyKad bermasalah berbanding penukaran kepada kad generasi baharu sebagai wajar.
Beliau berkata mereka yang memiliki kad rosak atau tidak lagi berfungsi dengan baik sememangnya lebih memerlukan penggantian segera berbanding pemegang MyKad yang masih boleh digunakan.
“Pada saya memang wajar yang rosak diberikan keutamaan dahulu sebab mereka memang perlu tukar. Kalau kad masih elok dan boleh digunakan, bolehlah tunggu dulu,” katanya.