BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Serangan Di Selatan Thailand: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh Perjalanan Tidak Penting

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Serangan Di Selatan Thailand: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh Perjalanan Tidak Penting​

e9dc5a171e261af34c34cea3846b504a6a8d0e765560c

Kredit Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis

Rakyat Malaysia yang berada atau merancang perjalanan ke Pattani, Yala dan Narathiwat dinasihatkan supaya meningkatkan tahap kewaspadaan susulan beberapa kejadian insiden keselamatan berlaku di Wilayah Selatan Thailand itu, baru-baru ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata mereka yang merancang perjalanan ke kawasan berkenaan disarankan supaya mempertimbangkan semula perjalanan tidak penting, khususnya ke kawasan terjejas.

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan yang berlaku insiden keselamatan, demonstrasi atau perhimpunan besar serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa Thailand termasuk berkaitan sebarang perintah berkurung, penutupan jalan raya dan pemeriksaan keselamatan,” katanya dalam kenyataan Istana Arau, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Program Kayuhan Malaysia Merdeka 2026 di sekitar mukim Ko Taeo, Songkhla yang diketuai Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Waris Yang Kedua Negeri Perlis Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Ahmad Fahmi turut menasihati rakyat Malaysia agar mengelakkan perjalanan pada waktu malam di kawasan terjejas selain sentiasa mengikuti pengumuman rasmi serta memaklumkan jadual perjalanan kepada ahli keluarga terdekat masing-masing.

Media sebelum ini melaporkan Narathiwat dikenakan perintah berkurung dari 10.15 malam pada 22 Ogos hingga 5 pagi pada 23 Ogos lepas dengan lebih 50 kejadian termasuk pengeboman, pembakaran pejabat kerajaan tempatan dan pembakaran tayar dilaporkan berlaku di tiga wilayah terbabit.

Dalam pada itu, beliau berkata rakyat Malaysia yang memasuki Thailand menggunakan kenderaan sendiri disarankan membawa lesen memandu asal Malaysia dalam bentuk fizikal dan tidak bergantung sepenuhnya pada lesen digital menerusi aplikasi MyJPJ.

“Dokumen penting termasuk pendaftaran kenderaan, insurans dan dokumen lain yang diperlukan hendaklah dibawa sepanjang perjalanan bagi memudahkan urusan pemeriksaan oleh pihak berkuasa.

“Rakyat Malaysia yang memandu atau menunggang kenderaan di Thailand juga diingatkan supaya sentiasa memakai tali pinggang atau topi keledar serta mematuhi semua peraturan lalu lintas yang ditetapkan pihak berkuasa Thailand,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register