BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banjir: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh Perjalanan Ke Vietnam, Thailand - Mohamad Hasan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
dc813b5d38ced3863906966442946d1d692400cac9704


Rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan perjalanan ke Vietnam dan Thailand berikutan cuaca tidak menentu yang telah menyebabkan banjir besar sehingga menjejaskan beberapa kawasan di kedua-dua negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata keadaan di Vietnam ketika ini berada pada tahap membimbangkan khususnya di kawasan pedalaman dan tanah tinggi yang terjejas teruk akibat hujan lebat serta banjir dengan arus deras sehingga mengakibatkan banyak korban.

“Saya mendapat laporan setiap jam daripada Konsulat kita di Ho Chi Minh dan juga kedutaan kita di Hanoi yang melaporkan keadaan terkini... dan baru tadi pada 11 pagi, saya menerima laporan daripada Konsul Jeneral kita yang bertugas di Ho Chi Minh City.

“Banjir memang amat teruk tetapi di kawasan pedalaman dan kawasan pertengahan serta kawasan tanah tinggi seperti Dak Lak, Lai Dong dan Gia Lai,” katanya kepada Bernama ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 di sini hari ini.

Mohamad berkata beliau akan menghubungi rakan sejawatnya, Le Hoai Trung, petang ini bagi menyelaras sebarang keperluan selain berurusan dengan Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan di Jakarta sekiranya Vietnam memerlukan sokongan segera.

Beliau turut mengesahkan bahawa setakat laporan pada 11 pagi tadi, tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian banjir di Vietnam.

Mohamad turut menasihati rakyat Malaysia agar menangguhkan perjalanan ke Thailand khususnya Hat Yai yang kembali dinaiki air susulan hujan berterusan di kawasan itu.

“Saya minta supaya mereka yang berhajat, yang telahpun membuat perancangan untuk masuk (ke Thailand), elok batalkanlah kerana kita tidak tahu... keadaan cuaca tidak menentu sekarang,” katanya.

Beliau berkata lebih 13,000 rakyat Malaysia telah keluar melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar dalam tempoh tiga hari lepas.

 
Selangor nie dari semalam jam 2pm sampai sekrang tak berhenti hujan...

berhati hati sape yg pergi kerja.,..elakkan jalan banjir..kereta park tempat tinggi
 
Majlis Keselamatan Negara kene amik tindakan pantas.... Seluruh Malaysia alami ujan luar biasa.... selangor dah mula dilimpahi air... bahagian utara dah banjir... kelantan juga dah banjir....
 
Majlis Keselamatan Negara kene amik tindakan pantas.... Seluruh Malaysia alami ujan luar biasa.... selangor dah mula dilimpahi air... bahagian utara dah banjir... kelantan juga dah banjir....

Bang non sibuk keluar negara... mane ade mase nak ambik tahu

dia gaji pun tak ambik..
 
Back
Top
Log in Register