combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,197
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,197
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Mohamad Hasan Adakan Lawatan Kerja Ke Brunei Bermula Hari Ini
Datuk Seri Mohamad Hasan
--fotoBERNAMA
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan lawatan kerja ke Brunei selama tiga hari bermula hari ini hingga Sabtu.
Kementerian Luar memaklumkan lawatan kerja berkenaan bersempena dengan Mesyuarat ke-27 Pelaksanaan Pertukaran Surat (EOL-27) Malaysia-Brunei pada esok (Jumaat) dan Rundingan Pemimpin Tahunan Kali ke-27 Malaysia-Brunei (ALC-27) pada Sabtu.
Mesyuarat EOL akan dipengerusikan Mohamad bersama-sama Menteri Luar Brunei Kedua Datuk Seri Setia Erywan Mohd Yusof.
“Mesyuarat Tahunan EOL merupakan satu mekanisme dua hala penting bagi menyelesaikan isu-isu serta meneroka bidang kerjasama baharu antara Malaysia dan Brunei serta memantau kemajuan hasil persetujuan telah dicapai kedua-dua pemimpin semasa ALC-26 tahun lepas.
“Kedua-dua menteri dijangka menilai kemajuan isu-isu dua hala, termasuk berkaitan sempadan darat dan maritim serta membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara,” menurut kementerian Luar dalam kenyataan hari ini.
Pada 2025, jumlah dagangan antara Malaysia dan Brunei direkodkan sebanyak RM5.86 bilion (USD1.37 bilion).
Bagi tempoh dari Januari hingga Jun tahun ini, jumlah dagangan antara Malaysia dan Brunei berjumlah RM2.38 bilion (USD0.6 bilion).