BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Adakan Lawatan Kerja Sehari Ke Pulau Pinang Hari Ini

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
6d6e72bcf627a2bca92344fc08577710692112d205f14

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang, bagi menghadiri beberapa program rasmi utama yang menumpukan kepada agenda kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual menghadiri sambutan ulang tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-80 dan Karnival Mega JPJ MADANI di Pekarangan Stadium Negeri, Batu Kawan dekat sini pada 10.30 pagi.

Turut mengiringi beliau pada majlis itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Ketua Setiausaha  Negara Tan Sri Shamsul Azri Abdul Bakar dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.

Selepas itu, Anwar dijadual mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Seberang Perai Tengah di Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Bukit Mertajam, yang dijangka menjadi platform penting dalam menyelaras agenda pembangunan setempat.

Perdana Menteri akan mengakhiri lawatan dengan menghadiri majlis perasmian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kubang Semang dekat sini pada 3 petang.

Majlis yang akan dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil itu juga bakal menyaksikan pengiktirafan NADI Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

 
Back
Top
Log in Register