BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Adakan Lawatan Kerja Dua Hari Ke Pulau Pinang Mulai Malam Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Adakan Lawatan Kerja Dua Hari Ke Pulau Pinang Mulai Malam Ini​

cc5a6bdebbe984bd21a74b17a0641c5369e74b6f7e3b2

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Pulau Pinang bermula malam ini dengan menghadiri beberapa program melibatkan pembangunan masyarakat, pendidikan, latihan kemahiran dan pemuliharaan warisan.

Beliau dijadual melancarkan Program Indian Muslim Transformation Framework (IMTF) 2030 di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth pada 8.30 malam ini.

Esok, Perdana Menteri akan memulakan lawatan dengan menghadiri Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh pada 9.30 pagi dan kemudian merasmikan pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin di Bukit Mertajam serta melancarkan Program Nuqaba pada 10.45 pagi.

Sekolah dinamakan sempena nama tokoh dakwah dan pemikir terkemuka Pulau Pinang, Sheikh Tahir Jalaluddin itu adalah atas sumbangan besar beliau dalam bidang ilmu dan pembaharuan Islam bagi memperkukuh pendidikan Islam berteraskan dakwah dan keharmonian masyarakat majmuk.

Anwar yang juga Menteri Kewangan kemudian dijadual merasmikan Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (HUBPP) serta Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEX) kali ke-14 di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh pada 2 petang dan mengakhiri lawatan dengan majlis perasmian pembukaan semula Fort Cornwallis di George Town pada 3.30 petang.

Selain itu, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil turut dijadual menghadiri Majlis HUBPP dan PIHEX bersama Anwar sebelum melawat Galeri Karyawan Nordin Ahmad di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh pada 4 petang.

 
Back
Top
Log in Register