BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Ditahan Cuba Curi Dalam Pesawat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Ditahan Cuba Curi Dalam Pesawat​

e18f465c7000b03e2b03a8be0e10611c68b7e756cac34


Polis menahan seorang lelaki warga China kerana disyaki cuba mencuri dompet milik seorang penumpang ketika dalam penerbangan dari Jakarta, Indonesia ke Pulau Pinang hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Anuwal Ab Wahab berkata lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga Indonesia berusia 36 tahun berhubung kejadian tersebut.

"Semasa penerbangan, lelaki Indonesia itu melihat suspek mengambil beg miliknya dari ruang simpanan di bahagian atas pesawat sebelum membuka beg berkenaan dan mengambil dompetnya.

"Lelaki itu sempat merakam kejadian tersebut sebelum memaklumkannya kepada kru pesawat dan suspek kemudian ditahan bagi membantu siasatan, manakala semua barangan milik mangsa berjaya diperoleh semula serta tiada kehilangan atau kerugian dilaporkan," katanya dalam kenyataan malam ini

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 379 serta Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register