BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Curi Ekskavator Di Lenggong, Tiga Lelaki Ditahan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kes Curi Ekskavator Di Lenggong, Tiga Lelaki Ditahan​

7c11c77cb43e3df87f169b5e42b75c996aa1670570006

Kredit : Polis Gerik

Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah ekskavator di Kampung Sumpitan, dekat Lenggong semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintenden Abdul Samad Othman berkata suspek berusia lingkungan 29 hingga 66 tahun dan mereka ditahan dalam dua serbuan iaitu pada kira-kira 10 pagi di sini dan 4.35 petang di Gerik.

“Hasil operasi yang dijalankan oleh Bahagian D4 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak bersama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, polis berjaya merampas sebuah jentera ekskavator jenis Mitsubishi ES110 dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek pertama dipercayai terlibat dalam kes itu manakala yang kedua adalah pengusaha alat ganti jentera berat, dan lelaki ketiga disyaki diminta membawa ekskavator berkenaan ke Ipoh menggunakan sebuah lori jenis loader.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan kesemua suspek telah diserahkan kepada pegawai penyiasat IPD Gerik untuk tindakan serta siasatan lanjut,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register