BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Lelaki Pelarian Myanmar Ditahan Bantu Siasatan Kes Seksual OKU

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Tiga Lelaki Pelarian Myanmar Ditahan Bantu Siasatan Kes Seksual OKU​

461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Tiga pelarian Myanmar bekerja sebagai buruh binaan dan kebersihan ditahan bagi membantu siasatan kes seksual melibatkan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Mohd Rosli berkata ketiga-tiga lelaki berumur lingkungan 19 hingga 28 tahun itu ditahan susulan laporan yang diterima pihaknya daripada seorang wanita berusia 20 tahun pada Jumaat lepas.

"Ketiga-tiga suspek ditahan reman bermula 8 hingga 12 Ogos ini bagi membantu siasatan. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek lain,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata polis perlu memperhalusi siasatan dan memberi ruang serta masa secukupnya kepada mangsa yang berusia 23 tahun sebelum siasatan dilengkapkan kerana wanita itu adalah OKU intelektual.

Selain itu, Mohd Razi berkata pihaknya mengesan penularan video di media sosial TikTok pada kira-kira 8.30 malam semalam yang memaparkan orang ramai berkumpul di hadapan Flat Kampung Enjin Gergaji di sini susulan kes berkenaan.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih dalam siasatan.

 
Back
Top
Log in Register