BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Kesan Lelaki Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual Pelajar Tingkatan Satu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

Polis Kesan Lelaki Bantu Siasatan Kes Gangguan Seksual Pelajar Tingkatan Satu​

461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84


Polis giat mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan satu di kawasan Taman Sri Saujana di sini, minggu lepas.

​Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman berkata pihaknya menerima laporan pada 30 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a)(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kita sedang mengesan seorang lelaki bertubuh tinggi, kurus dan berkulit gelap.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nurul Zakiyah Daud menerusi talian 011-26046234,” katanya dalam kenyataan hari ini.

​Terdahulu, tular hantaran dimuat naik seorang wanita mendakwa anaknya yang dalam perjalanan ke sekolah antara 6.30 hingga 6.40 pagi diekori lelaki yang menunggang motosikal dengan beg penghantar makanan.

Lelaki itu didakwa menunjukkan kemaluan dan video lucah pada telefon bimbit serta menawarkan wang sebelum cuba menarik tangan mangsa yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada guru.

 
Back
Top
Log in Register