BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru direman, bantu siasatan amang seksual pelajar

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
417995-417995.jpg


Guru direman, bantu siasatan amang seksual pelajar

KUALA TERENGGANU: Seorang guru ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di daerah ini.


Menurutnya, dalam laporan itu pelajar berkenaan memaklumkan pada 10 Ogos lalu kira-kira jam 10.15 pagi ketika dia berada di sebuah sekolah menengah di daerah ini, seorang lelaki yang dikenalinya iaitu seorang guru bertindak melakukan amang seksual fizikal terhadapnya.

Katanya, mangsa turut memaklumkan sebelum itu guru terbabit beberapa kali melakukan amang seksual fizikal terhadapnya.

"Pada 13 Ogos lalu kira-kira jam 11.10 pagi, pihaknya melakukan tangkapan ke atas suspek iaitu seorang guru lelaki yang mengajar di sekolah di mana mangsa sedang belajar di sekolah itu.

"Permohonan tahanan reman terhadap suspek telah diperoleh di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dan tempoh reman selama enam hari bermula 14 hingga 19 Ogos depan," katanya.

Beliau berkata, satu kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga dihukum sebat.

Menurutnya, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, untuk arahan lanjut.

Katanya, pihaknya juga menasihati ibu bapa untuk memberi didikan awal berkenaan ganGguan seksual dan memantau pergerakan harian anak-anak mereka.
 
Back
Top
Log in Register