BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Kesan Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh Warga Asing

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Polis Kesan Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh Warga Asing​

ef26f8d0746eac4c4953d8811c84e2296a468d2f33c24

9319aa092e0879a6600b849ee937a7786a468d4acdd2e

Kredit : FB Polis Daerah Kota Kinabalu

Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh lelaki warga asing, yang maut ditikam di sebuah tapak pembinaan di belakang bilik pameran kenderaan di Iramanis di sini awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Syed Lot Syed Ab Rahman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada 1.40 pagi sebelum satu laporan polis dibuat pada 2.23 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 34 tahun itu dipercayai telah keluar bersama suspek pada sebelah pagi untuk minum di kawasan Penampang.

"Kedua-dua mereka kemudiannya pulang ke rumah kongsi berkenaan kira-kira 11 malam sebelum berlaku pertengkaran yang dipercayai berpunca daripada salah faham ketika mereka sedang mabuk," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Syed Lot berkata mangsa dipercayai telah memukul suspek menggunakan sebatang kayu, sebelum suspek bertindak balas dengan menikam mangsa sebanyak empat kali menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.

Beliau berkata suspek dipercayai melarikan diri, manakala mayat mangsa ditemukan di dalam sebuah lubang pembetung berhampiran lokasi kejadian.

Katanya Pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah telah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat.

Syed Lot berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan usaha mengesan serta menangkap suspek, termasuk merampas senjata digunakan, sedang giat dijalankan.

"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Syed Abdul Rahman Syed Mohsin di talian 012-310 6882 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

 
Back
Top
Log in Register