BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Kesan 10 Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh, Gaduh Di Shah Alam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Kesan 10 Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh, Gaduh Di Shah Alam​

82be90053988a3e7394f81d8409ddf646a9e96306f200

052a2c72c90bc100b3792c9ef10d27f06a9e95fb95fee

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar (kanan) mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berhubung dua kes pergaduhan di Taman Alam Megah dan Taman Sri Muda pada bulan Ogos lepas. Bersamanya ialah Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan (kiri).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Polis sedang mengesan 10 lelaki bagi membantu siasatan dua kes pergaduhan di Taman Alam Megah dan Taman Sri Muda di sini pada bulan lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata daripada jumlah itu, tujuh dikehendaki berhubung kejadian di Taman Alam Megah pada 25 Ogos yang menyebabkan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun maut.

Beliau berkata tiga lagi dikehendaki berkaitan siasatan kes seorang lelaki diserang dengan parang dan diugut menggunakan objek menyerupai senjata api di sebuah stesen minyak di Taman Sri Muda pada kira-kira 11 pagi 13 Ogos.

“Kesemua individu yang dikenal pasti itu berusia 23 hingga 46 tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Selain itu, Shazeli berkata polis menjalankan beberapa serbuan di Shah Alam dan Lenga serta Iskandar Puteri di Johor dari 14 hingga 28 Ogos berkaitan dua kes itu.

Hasil serbuan, polis menahan 21 lelaki tempatan berusia 23 hingga 46 tahun dan merampas pelbagai senjata termasuk tujuh parang serta dua pemotong kabel selain kereta (sembilan) dan motosikal (tiga).

Shazeli berkata daripada jumlah itu, lapan telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 149 Kanun Keseksaan manakala empat lagi di bawah Seksyen 148 kanun sama.

Beliau berkata semakan mendapati mangsa yang maut dalam kes di Taman Alam Megah mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Dalam pada itu, Shazeli berkata polis tidak menolak kemungkinan dua kes itu berkaitan dengan unsur gengsterisme, namun melibatkan kumpulan berbeza.

 
Back
Top
Log in Register