BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Ugutan Pegawai AKPS

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Ugutan Pegawai AKPS​

25ae79f06e49c5126682464748a5d0e06a053d70f2111

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey

Polis menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan tembak terhadap seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditahan semalam selepas laporan dibuat mangsa yang merupakan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran AKPS pada hari sama.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan kes ini masih dalam tindakan melengkapkan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Semalam, media melaporkan seorang pegawai penguat kuasa AKPS Pelabuhan Klang menerima ugutan tembak ketika sedang melaksanakan tugas rasmi.

 
Back
Top
Log in Register