hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Lima lelaki ditahan, bantu siasatan kes rusuhan bersenjata
SHAH ALAM: Lima lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes merusuh dengan senjata di sebuah kedai makan di Jalan Chan Ah Choo, Pandamaran, Klang, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, dalam kejadian sekitar jam 11.30 malam itu, dua lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 26 tahun dipukul beberapa suspek.
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di muka dan hidung sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
"Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan lima warga tempatan berusia antara 18 hingga 25 tahun semalam.
"Punca kejadian masih dalam siasatan dan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dengan senjata.
"Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Menurutnya, permohonan reman terhadap semua suspek dibuat di Mahkamah Majistret Klang dan dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga 26 Ogos bagi membantu siasatan lanjut.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang memaparkan sekumpulan individu bergaduh menggunakan senjata.
Artikel Buletin Tv3