combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Ugutan Pegawai AKPS
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan tembak terhadap seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditahan semalam selepas laporan dibuat mangsa yang merupakan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran AKPS pada hari sama.
“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan kes ini masih dalam tindakan melengkapkan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Semalam, media melaporkan seorang pegawai penguat kuasa AKPS Pelabuhan Klang menerima ugutan tembak ketika sedang melaksanakan tugas rasmi.